Pages

Isnin, 26 Januari 2015

Bahayakah Masalah Kebas Pada Tangan atau kaki?

Pernahkah anda mengalami kebas di anggota badan anda seperti kaki atau tangan? Adakah anda menganggap ia suatu kebiasaan bagi setiap orang?.




Ok sebenarnya kebas anggota badan berlaku dalam 2 keadaan. Pertamanya kebas yang disebabkan oleh urat saraf. Jika urat saraf tersebut mengalami gangguan seperti tertekan oleh badan kita, ia menyebabkan kawasan urat saraf berkenaan merasa kebas.


“Misalnya, apabila kita tidur, kadang-kadang tanpa kita sedari bahagian lengan kita tertindih oleh badan kita sehingga menyebabkan lengan kita merasa kebas apabila kita terbangun. Keadaan tersebut disebabkan urat saraf kita terganggu kerana lengan kita tertindih sehingga membuatkan aliran darah kita menjadi sempit. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas.


“Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.



Keduanya adalah kerana berlakunya penyempitan saluran darah akibat cara pemakanan atau tabiat yang menjejaskan kesihatan. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan kadar kolesterol yang tinggi akan mengalami kebas.”


Bagaimana jika rasa kebas terjadi bukan sebab hal-hal di atas? “Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.


“Biasanya penghidap penyakit penyakit kencing manis merasa kebas di bahagian tangan dan kaki. Jika mereka sering merasa demikian, ia menunjukkan mereka terkena penyakit kencing manis tidak terkawal.

Ok seterusnya kita perlu mengethai juga apa sebenarnya maksud kebas bagi mendalami lagi masalah-masalah yang sering berlaku pada kita ini.

Apa Itu Kebas ?


Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan rasa. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tapak tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Punca Kebas 


• Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
• Saraf periperi tertekan disebabkan "herniated disc" atau osteophytes yang terbentuk akibat proses degenratif. 
• Jangkitan pada saraf periperi seperti kayap.
• Penyakit-penyakit seperti diabetis, migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok, dan hypothyroidism.
• Cappel Tunnel Syndrom (Saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
• Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan Vitamin B12.
• Kesan sampingan ubat.
• Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok.


Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Masalah Kebas


♥ Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

♥ Ostematrix - Kekurangan kalsium menyebabkan kaki kejang
♥ Alfalfa Complex - Menurunkan keasidan tubuh
♥ Omega Guard - Komunikasi lengkap antara sel otak dan saraf
♥ B-Complex - Menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi
♥ Energizing Soy Protein - Menghalang atrophi otot
♥ Vitalea - Mengimbangi nutrien

Selesaikan Masalah Kebas2 dengan segera. sms/whatsapp 019-9895564



Tiada ulasan:

Catat Ulasan