PUNCA JERAWAT TUMBUH DI MUKA
Jum kita tengok apa punca jerawat tumbuh di muka dan sama-sama kita fikir kebenarannya.
1. Hormon
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. yeah, punca ini memang tidak dapat disangkal lagi. sejak dah akil baligh ini, jerawat pun dah pandai nak tumbuh. nampak permainan jerawat di situ.
2. Bakteria
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
3. Pemakanan
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit. Aku percaya salah satu punca jerawat akibat pemakanan. Buktinya, bila aku makan kacang, budu, makanan berminyak an etc, memang akan tumbuh jerawat dengan muka aku. So, sila jaga pemakanan juga. Banyakkan minum air dan makan sayur-sayuran, buah-buahan.
4. Stress
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Ini pun macam betul. Bila aku stress, memang jerawat akan tumbuh 3 4 biji. Rasanya hari-hari aku stress cuma tahap stress tu berbeza-beza la. kadang rendah kadang tinggi. Lepas ini kena belajar mengatasi stress.
5. Alat Solek
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Aku sah-sah tak pakai alat solek. So tak bimbang mana pun. haha. kepada wanita diluar sana, berpada-padalah bila memakai alat solek.
6. Matahari
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma. Aku pergi kelas jalan kaki. Maknanya boleh dikatakan setiap hari muka aku dijamah matahari. Mujur dah semester akhir. takde kelas dah pasni. takde dah jalan kaki kedek-kedek turun bukit pergi kelas. herher.
7. Pakaian
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belenggu jerawat. Pakai je produk yang selamat untuk hilangkannya, sebab sekarang dah banyak produk yang selamat dan berkualiti untuk dicuba tetapi kena tengok-tengok juga label dan bahan-bahannya tentulah dari bahan semulajadi.
Sekian,
sumber dari: sini
With Love
Care about ur skin
0199895564
Tiada ulasan:
Catat Ulasan