Resepi kari ayam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni baru ada kesempatan nak update resepi kari ayam yang jue masak semalam. Huhu resepinya sangat simple dan mudah sangat-sangat xsampai 30minit boleh siap.
Sesapa yang minat kari tu maila jemput tengok baca resepiku yang xseberapa nih. Dah lama xbuat sekali buat memang terangkatla, nak pula dibuat pedas-pedas sikit..marvellos!
Ok jum tengok bahan-bahan yang diperlukan:
Resepi kari ayam |
Ayam separuh belah kecil
Kentang 2 biji
Daun kari dua batang
rempah kari 3 sudu besar
cili boh/kisar 2 sudu besar
asam jawa satu sudu besar
bawang putih 2 biji (jue guna garlic shaklee special sikit khas untuk melawan jangkita penyakit)-lupa display gambar
bawang merah 3 biji
halia 1inci
garam
ajinomoto 1 sudu kecil je
air 2 cawan
minyak masak
Cara memasak:
panaskan minyak, masukkan bahan tumis, bwg putih, bwg merah, halia, selepas itu masukkan daun kari. biar wangi, masukkan pula cili kisar dan rempah kari yang telah digaul bersam dengan sedikit air.
Tunggu sampai kari dan lada masak, barulah masukkan air dan ayam, tutup dengan periuk sehingga ayam hampir masak masukkan pula kentang. tutup kembali biar mendidih dalam 10minit.
Tutup dengan tudung periuk semasa menunggu ayam dan kentang empuk.
Resepi kari ayam |
Selepas itu barulah masukkan santan pekat secawan(terpulang kalau nak pekat tambah lagi, kalau suka cair boleh kurangkan).Bila santan dah masuk kena sentiasa kacau sampai dah masak. siap dihidang.
Resepi kari ayam |
Ok siap. Selamat mencuba!
Junaida Watie
0199895564
https://www.facebook.com/junaida.watie
Agen Shaklee dan surirumah yang suka memasakm :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan