Pages

Ahad, 15 Jun 2014

Ikan Patin Masak Tempoyak

Esok merancang nak masak Patin masak tempoyak ala-ala pahang piaww punyer.. Hihi tiba2 teringin nak makan ikan patin. Google punya google resepi dari Azie Kicthen ni memang menarik perhatianku. Sebab dia gunakan resepi yang cukup simple tetapi nampak macam menarik dan sedap. Esok nak try buat lah. Nak tau resepinya camna? ok jue share di sini bagi mereka yang suka makan ikan patin jom cuba sama-sama


Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Sangat simple kan ala-ala kat temerloh punya. Sedap walaupun resepinya simple.

Jom try buat 
nanti dah buat ju update blog 

With love 
Junaida Watie
Agen Shaklee yang suka memasak:)
0199895564

Tiada ulasan:

Catat Ulasan