Melahirkan anak pertama (along ayis) adalah pengalaman yang paling tak dapat kulupakan, maklumlah anak pertama, semua persiapan telah kusiapkan dari kandungan 7 bulan lagi. Tak sabar-sabar nak tunggu bayi keluar. Akhirnya, pada 27.12.2009 jam 3.15 petang, lahirnya puteri pertama mama dan papa ke dunia. Terharu, sedih, gembira perasaan masa tu, bangganya aku kerana berjaya melahirkan bayi pertamaku yang diberi nama Iris Marissa bin Ihsan Zaidani ni. Comel, tembam, sepet mata macam papa masa lahir tapi sekarang dah bulat matanya (hihi). Kat bawah ni gambar iris mase 5bulan..rindu plak along ayis masa ni, budak yang baik jarang ngamuk. Tapi bila dah besar makin pandai bercakap, kadang-kadang tak larat nak layan.
Lain pulak kisahnya anak kedua ni, mood lain macam masa mengandung menyebabkan tak banyak buat persiapan. Lagipun bila dah tau bakal dapat 'gugurl' lagi xperlulah beli barang banyak-banyak, pakai yang kakak dia jer hehe tak adil. Kelahiran yang kedua lagi mudah walaupun bayiku payah nak keluar sebab terbelit tali pusat, sakitnya hanya Tuhan yang tahu, mungkin sebab bayi pun lebih besar 3.49kg..hehe tapi alhamdulillah selamat juga dilahirkan secara normal pada 07.12.2012 pada jam2.45 petang. Dua-dua bulan 12 haha samala macam mama dia jugak bulan 12. Bukan merancang tapi dah rezeki bulan tu jugak.
Lupa pulak tulis nama bayi kedua ku ni, namanya Irin Aida Delisha bt Ihsan Zaidani, comel,agresif dan sangat berdikari berbanding kakaknya. Tak kisahla macamana pun anak-anak mama ni yang penting sihat, cerdik dan sempurna di mata mama. Sayang sangat kamu selamanya.
Yang ni gambar terkini diorang, dah besar banyak suka duka dalam membesarkan mereka berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan