Pages

Isnin, 18 November 2013

Misi mencari Chezzy Cake

Assalamualaikum

Pagi ni nak kongsikan pengalaman mencari kek untuk suami 2-3 hari ni. Sungguh mencuit hati, seperti biasa lepas waktu zohor kami keluar untuk perhi makan-makan, sambil tu nak mencari kek cheese di Bangi, dah tak ingat apa nama kedai tu tapi yang pentingnya berdekatan dekat Butik MumDreams Bangi. Pertama kali masuk kedai kek tu kebetulan je sebab anak aku iris nak beli lolipop coklat angry bird. Bila masuk dalam aku jadi tertarik pula sebab banyak kek kegemaran aku di situ. Red Velvet,  Rainbow cake, choc moist dan banyak lagi. Masa masuk tu tak terfikir pulak besday papa dah dekat. Bila balik rumah baru teringat besday papa dah dekat tapi belum siap apa-apa pun, yelah walaupun jarang sambut tapi sekurang-kurangnya nakla ada kek sebagai tanda aku dan anak-anak menghargai apa yang suami berikan pada kami semua. Akhirnya dah sampai Bangi, kami sesat jalan pula, jadi gagallah misi pertama mencari kek. Sebenarnya nak beli "Rainbow Cake", nampak macam sedap dan cantik je warna pelanginya, rasa belum penah lagi.

Misi kedua pula kedai kek tutup, jadi gagal jugak. En suami cakap takde rezeki lah tu nak makan beli kek kat kedai tu, pelik aku orang melayu berniaga hari sabtu pun nak tutup kedai. Sebab tulah kenapa kedai cina je ramai orang pergi sebab orang melayu lebih ramai yang suka berehat dan bercuti. Akhirnya kami singgah di Sugar Bun, kajang dekat dengan Maybank, tiba-tiba nampak kek yang agak menarik hati kami untuk membeli. Apa lagi terus aje aku beli kek yang diberi nama "Cheezy Cake", rasa kek ni sangat-sangatlah sedap lembut je, pemilik kedai ni cina tapi halal kek nya. Persoalannya di sini aku rasa lepas ni tak payahlah susah-susah cari kek di tempat yang jauh-jauh sikit dari rumah aku, yang dekat sejengkal pun ade, sedap pulak tu. Secret Recipe pun ada tapi dah muak makan kek kat situ, nak mencari kelainan sikit hihi kononla akhirnya membazir masa dengan jalan yang jem dan jalan tutup sebab tiba-tiba ade jalan tutup akibat banjir kilat masa nak menghala ke Bandar Baru Bangi hari tu.

Inilah corat-coret aku hari ni, sekadar untuk berkongsi cerita. Selepas ni, rasa macam teringin belajar buat kek sendiri pula. Teringat ada kawan yang pandai buat kek ni tapi nak tempah kat dia kena bali kampung la pula. Jadi, beli aje dekat-dekat sini pun dah ok sedap pun sedap. Di sini aku nak kongsi resepi membuat cheezy cake sebab akan datang aku akan belajar buat juga, in Shaa Allah.



Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE.)lina pg gn 250g
400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair)
100 g mentega
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...


Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi saya Ju/Wati di bawah:


junaidawati-jusoh@gmail.com 




sms/wechat/whatsapp di 019-9895564


Tiada ulasan:

Catat Ulasan