Pages

Rabu, 6 November 2013

Mata oh Mata

Hari semalam dan hari ini merupakan hari yang tak berapa seronok buat aku kerana sakit mata. Alahai mata ni buat hal pulak, semalam dah pergi klinik sampai-sampai je klinik doktor terus suruh jangan buka cermin mata hitam tu teruskan pakai jer, nampak sangat doktor tu takut berjangkit. Aku risau sebenarnya takut jangkit kat anak-anak, biar mak sakit tapi anak nak suruh diorang sihat jew..hehe nampak sangat aku tak larat nak jaga diorang masa sakit. Aku anggap ni semua dugaan dari Allah, mana taknya dahla sakit masa suami pun nak kerja luar daerah, kalau anak sakit jugak akulah yang kena tanggung seorang diri. Ya Allah, Kau ringankanlah beban yang kutanggung. Harap-harap mata aku cepat sihat senang nak jaga anak dan buat kerja-kerjaku yang banyak tertangguh semula. 

Sekarang ni baru terfikir nak cari artikel berkenaan penjagaan mata. Jadi, dah jumpa dan akan kuselitkan dalam blog aku sebagai sumber rujukan. Artikel ini mengenai penjagaan mata, huhu jemput baca yek.


Penjagaan Mata Cara Rasullulah Saw

Alhamdulilah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melihat semua keagungan ciptaan-Nya. Hanya dengan pancaraindera kita mata, maka segala keindahan anugerah ciptaan-Nya dapat kita lihat dan nikmati. Bayangkan sekiranya kita tidak dikurniakan nikmat melihat sudah tentu kita berada dalam kegelapan. Rasullulah saw mengajar doa untuk memohon rahmat Allah swt agar dipelihara nikmat penglihatan : 
"Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(riwayat al-tirmizi)

Nikmat yang tidak Terbeli 

Dengan memiliki mata yang sihat anda dapat melihat dengan jelas dan tidak mengalami sakit mata. Orang yang memiliki mata yang sihat berupaya menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan, dan jarak antara objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.

Memelihara kesihatan mata bererti kita memelihara ketajaman penglihatan. Dengan penglihatan ini dapat kita mengetahui dan sedar kedudukan kita dengan objek persekitaran. Ia dapat kita mengimbangi badan untuk memudahkan kita bergerak.

Gangguan pada salah satu fungsi penglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara gejalanya seperti pening kepala, mata berair, hilang tumpuan dan sebagainya.

Sering terdedah kepada bakteria, udara tercemar , dan angin menyebabkan mata berisiko mendapat jangkitan, kelesuan mata, kecederaan dan serta alahan.

Bercelak 


Sebenarnya Rasullulah saw sendiri sangat menjaga kesihatan mata. Baginda mempunyai cara tersendiri bagi menjaga kesihatan mata iaitu dengan memakai celak.

Rasullulah saw bersabda :"Bercelaklah kamu dengan ithmid (kerana ianya) mencerahkan pandangan , dan melebatkan rambut." (riwayat al-Tirmizi)

Ada riwayat lain menjelaskan Rasullulah saw memakai celak tiga kali pada mata kanan dan kiri sebelum tidur. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar :"Rasullulah saw sentiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum baginda tidur.

Baginda memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan."(riwayat Ibn Majah)

Ibn Abas menjelaskan bahawa Rasullulah saw mempunyai tempat celak Baginda sendiri:"Nabi memiliki tempat celak dan Baginda bercelak dengannya 3 kali di tiap-tiap matanya." (riwayat Ibn Majah)

Sememangnya Rasullulah saw melarang lelaki menyerupai wanita dan melarang wanita menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun , memakali celak harus bagi lelaki dan wanita.

Rasullulah saw tidak mewajibkan memakai celak kepada umatnya tetapi ia lebih dilihat sebagai satu bentuk galakan.

Celak yang terbaik adalah daripada bahan bernama ithmid. Rasullulah saw bersabda :"Sesungguhnya celak terbaik untuk kamu pakai ialah al-ithmid(batu celak). Ia mampu menajamkan pandangan mata dab menumbuhkan rambut." (riwayat al-Nasa'i)

Jaga Matamu 

Banyak faktor yang menyebabkan mata rosak, antaranya :

  • Banyak menonton televisyen dalam jarak dekat . Jarak seseorang dengan televisyen sepatutnya hendaklah melebihi 2 meter. 
  • Menghadap komputer terlalu lama. Sekiranya seseorang itu memang berkerja mengadap komputer, ambillah masa untuk melihat objek lain bagi merehatkan mata. Contohnya setelah sejam atau 2 di depan komputer berhenti sekejap dan lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar. 
  • Membaca buku dalam jarak yang dekat atau berbaring. Jarak yang selamat apabila membaca buku ialah 30 cm daripada buku. Jika terlalu dekat ia akan menjadikan mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh untuk jangka masa panjang
Sumber : 
Majalah Solusi 
80-81

Tiada ulasan:

Catat Ulasan