Pages

Jumaat, 31 Julai 2015

Dapur waffle jenama Eagle untuk dijual

Dapur waffle ni jue beli dalam tahun 2012, masa tu memang niat nak berniaga waffle. Jualan ok, tapi setelah hampir setengah tahun berniaga, pekerja pula nak berhenti, so memang terhenti di situ sajelah.

Jadi daripada dibiarkan tersadai baik jue buka untuk dijual pada mereka yang ingin menggunakan dan membeli dapur ini pada harga yang murah dan berpatutan.

Ok harga masa jue beli adalah rm1400. Jadi memandangkan hanya guna baru beberapa kali, jue nak let go pada harga murah jela iaitu rm800 tidak termasuk postage.

Jika anda berminat boleh hubungi jue ye di 0199895564.

Ni gambarnya





Masih baru dan cantik, dapatkan sebelum dirembat orang lain ye.

Jue - 0199895564

Selasa, 7 Julai 2015

Sambal Garing Che Nor Jengka

SAMBAL GARING MELETOPS ABAD INI


Mana-mana pergi mesti ramai yang order Sambal Garing Che'Nor ni. Ini dah tentula disebabkan kesedapan sambalnya yang teramat. Bukan kita sahaja, artis-artis pun dah ada yang cuba dan beri respon yang baik sekali untuk sambal garing ni. 

Buat anda yang berminat dengan sambal ini boleh whatsapp/sms 019-9895564 @ 013-7549562.
COD area Bandar Jengka sahaja.
Postage RM6 bagi seluruh Malaysia.


Amboi excited sekali Sharifah Shahira dengan sambal hehe


Ni pun artis jugak.

Zila Bakarin pun suka..

Ok apa kata pengguna yang telah merasa kesedapan sambal garing Che'Nor ni pula, jom kita tengok testimoni di bawah :-




Memang Mantap Penangan Sambal garing Che'Nor ni kan? Apa lagi warga Jengka mai order dengan saya agen di area anda. Wasap 019-9895564 segera ya sebelum stok kehabisan..





Isnin, 6 Julai 2015

Resepi Puding Karamel Paling Sedap!

Bulan puasa ni macam-macam juadah menarik untuk dirasa. Setiap hari patinya kita ingin makan desert yang sedap-sedap. Jadi semalam jue ada buat pudng karamel, so nak berkongsilah resepi kat sini.

Resepinya simple dan mudah je, tapi rasanya amatlah sedap. Bukan nak memuji, tetapi memang serius sangat sedap! Bila dah try rasa macam nak makan banyak2 kali lagi hehe. Terima kasih kepada kaklongku yang berikan resepi mudah ini.

Jom kita cuba buat, pasti anda tidak akan menyesal.



Bahan-bahannya:

Gula 3 sudu dan sedikit air - untuk topping di atas karamel.

Telur ayam 5biji
Gula 3/4 cawan
Susu sejat 1 tin
esen vanila 1 sudu kecil

Cara membuatnya :

Pertama sekali, buat topping dulu. Gorengkan 3sudu besar gula di atas api yang sederhana sehingga gula berubah menjadi perang. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau dengan laju. Setelah siap padamkan api dan sejukkan seketika.

Kemudian, blenderkan 5biji telur dengan gula sehingga kembang. masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan susu sejat tersebut.

Kemudian, tuangkan adunan tadi ke atas topping gula hangus yang telah disediakan tadi. Kukuskan selama 25minit. Siap untuk disejukkan dan boleh dimakan untuk berbuka.