Pages

Sabtu, 18 Januari 2014

Jana Pendapatan Anda

JOM SERTAI KAMI JANA PENDAPATAN TAMBAHAN HINGGA 6 ANGKA!!

Kami ingin mempelawa sesiapa yg berminat utk menyertai kami tanpa perlu membuat pinjaman. Dengan modal yuran keahlian serendah:
■RM65+postage RM10 (SEM. MSIA).
■RM65+postage RM20 (SAB/SAR).
●Atau percuma yuran keahlian (mengikut terma&syarat).

P/s: kami ingin mencari pengedar Shaklee di Seluruh Malaysia

Kelebihan menjadi pengedar Shaklee
★boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli & akan mendapat point bg setiap produk.
★akan menerima bonus bulanan jika membuat pembelian dibayar mengikut point bulanan.
★pesanan melalui sistem online lebih mudah serta menjimatkan masa.
★pihak Shaklee akan membuat penghantaran terus kepada pelanggan melalui courier service.
★Shaklee menawarkan 3C (Cash, Car, Convention)
•CASH (bonus & insentif)
•CAR (insentif kereta)
•CONVENTION (percutian antarabangsa)
•serta peluang mengerjakan umrah secara percuma bagi muslim
★bisnes ini sesuai dilakukan secara fulltime/part time. Bila2 masa & dimana2 sahaja.
★anda tidak perlu menyimpan stok / membuka kedai kerana semuanya secara online.
★anda akan didedahkan dengan marketing plan & banyak lagi.
★kami juga mempunyai group Whatsapp & secret group FB khas untuk pengedar kami bagi memudahkan komunikasi.
★kelas secara offline & online juga disediakan bagi mereka yg ingin hadir sahaja. Tiada paksaan. Dibenarkan juga membawa anak2.


Senarai pengedar kami -->
http://junaidawati-jusoh.blogspot.com/2013/11/wakil-pengedar.html

Sila pm kami utk keterangan lanjut -->
https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty?sk=messages_inbox

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty
 






Jumaat, 10 Januari 2014

Tips pujuk anak ke sekolah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Hari ni merupakan hari yang ke enam Iris bersekolah. Setakat ini alhamdulillah mudah bangun pagi. Tapi sejak semalam tak tahulah kenapa ada macam ala-ala nak manja sikit kalau saya hantar ke sekolah. Biasa ok jer, tapi bila masa ambil dia dari sekolah bukan main suka lagi bercerita itu ini. Dah dua hari kena pujuk dia supaya tak nangis. Aduhailah anak besar betul tanggungjawap seorang ibu, macam-macam karenah nak dilayannya. 

Dalam blog ini saya ingin kongsikan beberapa amalan yang akan saya praktikkan selepas ini untuk memujuk anak saya supaya senang ke sekolah. Salah satunya yang akan saya lakukan adalah saya akan peluk iris erat-erat dalam dakapan saya dan saya pandang matanya dan saya bagitahu yang saya sayang sangat kat along iris, jadi iris kena pergi ke sekolah, belajar rajin-rajin, dan saya niatkan dalam hati moga iris diterangkan hati dan dipermudahkan menuntut ilmu. Kemudian saya akan bacakan surah Al-Insyirah dan hembuskan pada dahinya kemudian barulah saya suruh dia salam dan cium pipi masing-masing.

Dalam blog PAMA juga ada selitkan Panduan tangani anak yang enggan ke sekolah. Jadi saya ambil sebagai bahan rujukan saya dan anda semua. Antaranya:-

1.      Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik.  Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.
2.      Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Aifa, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”
3.      Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.
4.      Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.
5.      Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.
6.      Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran.
7.      Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.
8.      Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.
9.      Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"
10.  Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.

Semoga usaha yang dilakukan mampu menangani masalah anak-anak kecil enggan atau meragam tatkala hendak ke sekolah.

Harapan saya selepas ini iris mudah ke sekolah dan sudah pastinya setiap ibu mengharapkan dan mendoakan agar anak-anak menjadi anak yang baik, soleh dan solehah, pintar dan berguna di masa hadapan. Begitu juga pada saya, bagi membantu dalam mengembangkan minda anak saya, saya tak lupa berdoa setiap kali selepas solat agar anak saya menjadi anak yang baik dan pintar. Saya juga memberi suplemen terbaik untuk membantu anak saya sihat, cergas, aktif, ceria, mudah mengingat dan lebih fokus ketika belajar. Suplemen yang dimaksudkan adalah suplemen dari Shaklee iaitu Mealshakes dan omegaguard khas untuk anak-anak untuk menjadi pintar dan sihat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk kesihatan anak mereka bolehlah mengambil suplemen terbaik dari shaklee ini untuk anak anda.

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com


Khamis, 9 Januari 2014

Info Solat Dhuha

                                                                                              بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                                                     
اللهم صل على محمد وآل محمد

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda;

"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan"


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1. Niat

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
5.  Berdoa

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Sumber rujukan:-
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/

Semoga aku sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang solat dhuha..amin

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com


Alfafa Shaklee. Apa Istimewanya?

Lambakan produk alfalfa di pasaran kenapa anda perlu memilih alfalfa Shaklee?



Perbezaan Shaklee

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya telah dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950 an.

1) Alfalfa shaklee diperolehi dari tanaman alfalfa (Medicago sativa) yang telah ditanam secara organik di California yang dijamin bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos iaitu bebas dari bahan kimia.

2) Medicago Sativa merupakan tumbuhan alfalfa yang memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa lain. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai  sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

3) Daun alfalfa shaklee hanya dituai apabila ianya mencapai kematangan mutlak kerana hanya daun alfalfa yang telah matang mengandungi klorofil.

4) Daun-daun alfalfa juga telah dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Pendedahan kepada suhu panas pastinya akan menjejaskan nutrisi daun alfalfa tersebut.

5) Keseluruhan proses dari penanaman sehingga dikompres menjadi tablet dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

6) Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa.

Sudah terang dan jelas mengapa Alfalfa Shaklee menjadi pilihan ramai. Di bawah ni saya tunjukkan bagaimana pokok alfalfa ini.




Sempena bulan promosi alfafa ini, anda boleh dapatkan pada harga yang murah walaupun anda hanya membeli sebotol dari saya, dah le harga murah kan, bila dah promosi lagi-lagi murah dibuatnya. 

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk alfafa shaklee boleh hubungi saya pengedar sah shaklee anda.


I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com



Selasa, 7 Januari 2014

Testimoni Kelas Asas Blog dan FanPage

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Alhamdulillah berjaya juga mencuri waktu untuk blog kesayanganku yang agak lama tak pantau. Hari ni saya akan menulis entri berkenaan dengan perkembangan saya setelah beberapa bulan mempunyai blog. Sebenarnya rasa macam tak sangka pula dapat menulis dengan mahirnya dalam blog ni (haha dulu tahu menulis tapi tak tahu nak post entri). Sebelum ni memang buntu untuk mencari jalan bagaimanalah saya nak mewujudkan sebuah blog yang berkualiti dan meletakkan berbagai link serta menyusun atur blog supaya nampak lebih kemas dan rapi.

Apa yang istimewanya setelah menyertai kelas asas ini adalah saya boleh berhubung dengan guru pada bila-bila masa sahaja dan telah mewujudkan rantai hubungan yang kekal dengan guru saya iaitu sifu Zaila bt Mohammad www.zailabinimdae.blogspot.com. Waktu belajar amat fleksible, sebenarnya itu yang saya mahukan sesuai dengan saya yang mempunyai tanggungjawap menguruskan rumahtangga sepenuh masa ni, terkejar ke sana-sini. Bila mempunyai waktu terluang saya boleh menghubungi guru sebagai rujukan. Terima kasih kak Zaila bt Mohamad.

Berkat belajar wujudlah juga blog saya http://junaidawati-jusoh.blogspot.com/ yang simple tetapi mempunyai isi (takdelah macam dulu isi kosong dan hanya gambar satu entri jer hihi). Apa yang saya harapkan saya boleh meningkatkan lagi penulisan dan sentiasa mempunyai waktu untuk menulis entri-entri berkenaan bisnes yang saya jalankan dan juga pengalaman hidup saya.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kelas seperti saya bolehlah menjadi sebahagian dari pelajar kelas asas membuat blog dan fanpage ini.Marilah menjadi sebahagian dari keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah, lihat link dihttp://www.akademibekerjadarirumah.blogspot.com



Sekiranya anda  mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami,http://www.sohodirectory.blogspot.com


Sebagai rumusannya, saya berpendapat sekiranya anda tidak celik IT dan dan tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan blog janganlah ragu-ragu untuk belajar dan menyertai kelas seperti ini. Hasilnya terbukti kerana saya sendiri telah pandai menulis dan publishkan entri dengan baik. Alhamdulillah niat untuk memiliki blog tercapai juga seiring dengan saya yang mempunyai bisnes shaklee nline ini. Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli produk shaklee boleh menghubungi saya :-

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com